Rabu, 27 Oktober 2010

kongsi rahsia jadi pelawak

“Bukan senang kalau nak jadi pelawak. Apa lagi, yang mahu bergelar Raja Lawak. Ia tidak semudah yang disangka. Tidak semua yang boleh berlawak dan tidak ramai yang boleh membuat ramai orang ketawa.

“Tapi bagi seorang pelawak elemen terpenting dalam lawaknya adalah tidak malu dengan segala kelemahan diri. Ada orang yang mengasingkan diri dan rasa kekurangan diri sebagai penghalang untuk berjaya.

“Tetapi dalam lawak, kekurangan diri adalah elemen terpenting untuk meningkatkan daya kreativiti. Jangan malu dengan itu semua kerana hakikat sebenar adalah penonton suka dengan kelemahan kita,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan peserta dan juri Raja Lawak baru-baru ini.

Katanya lagi, berlawak adalah perkara paling susah untuk dilakukan berbanding menyanyi atau berlakon.

“Macam mana nak buat orang ketawa? Macam mana nak tarik perhatian penonton untuk terus setia mendengar cerita kita. Jadi gunakan kelemahan diri. Kalau mempunyai fizikal yang besar, gunakan ia sebagai aset untuk lawak.

“Saya ambil contoh Nabil Raja Lawak musim kedua yang tidak segan atau malu menggunakan telinga, muka dan bibirnya sebagai aset penting dalam lawaknya. Ia membuatkan audiens suka dan terus mahu mendengar celoteh kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan